seringkali terjadi terutama mesej-mesej yang telah di archivekn (*.pst). hal ini terjadi apabila saiznya hampir ketahap yang maksimum iaitu 2GB bagi Microsoft Outlook 2002 kerana ketika itu masih menggunakan format (ANSI) dan 20GB untuk Microsoft Outlook 2003 yang menggunakan format (UNICODE) yang lebih baik.
tanda-tanda awal masalah ini diketahui apabila user cuba membuka outlook, windows akan menyatakan outlook cuba untuk membaiki folder mailbox. walaubagaimanapun ianya bergantung pada keadaan. popup outlook lazim seperti "Errors have been detected in the file 'file_path'. Quit all mail-enabled applications, and then use the Inbox Repair Tool." menandakan fail *.pst sedang kaput.
Microsoft Outlook sebenarnya menyediakan satu tools untuk membaiki fail *.pst ini iaitu Scanpst.exe yang terletak didalam folder Program files.
berikut adalah cara-caranya:
1. pergi start
2. tekan ikon search
3. di sebelah kiri, sila pilih "all files and folders"
4. taip Scanpst.exe
5. run aplikasi
6. browse fail dan tekan butang start
7. tunggu aplikasi selesai scan sehingga kotak bibawah keluar dan tekan butang repair
8. selesai
jika solusi ini tidak berjaya, anda dinasihati menggunakan aplikasi dari 3rd party yang sememangnya perlu sedikit bayaran.
komen bacteria: berjaya menyelesaikan masalah dan selalu menegur user apabila saiz archive.pst hampir kepada 2GB, perlu membuat fail archive baru. bila user refuse, ugut dia dgn menyatakan fail penting mungkin akan hilang.. :D
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan