Selasa, 9 September 2008

masalah dwi-click drive

ini merupakan masalah-masalah lazim yang bacteria hadapi bila berdepan dengan user di tempat kerja.

simtom-simtomnya:
1. bila anda dwi-click, windows akan kluar popup menyatakan file extension yang perlu dipilih untuk dibuka.
2. perlu right click pada drive tersebut dan pilih explore untuk dibuka (kalau bernasib baik)



dari apa yang bacteria faham, ianya adalah sejenis virus malware yang menulis dirinya ke dalam autorun.inf. sebahagian besar datang dari thumb drive.

berikut adalah cara-cara untuk membuang virus ini.

cara manual:
1. pergi ke start
2. run
2. dlm kotak run taip CMD
3. pastikan anda berada dlm drive yang dijangkiti. contohnya C:\ D:\
4. taip attrib -s -h -r autorun.inf dan enter
5. diikuti del autorun.inf dan enter
6. restart mesin anda.



cara lebih mudah:
download portable antivirus dan mulakan scan. buang virus tersebut kemudian restart mesin anda.

komen bacteria: amat berkesan membunuh autorun.inf dimana sesetengah antivirus tidak dapat membantu.

unlocker

ada masalah untuk delete folder? popup windows keluar mesej seperti "can't delete the folder: the file is in use by the following program" , walaupun kita tahu tiada proses yang melibatkan folder berkenaan sedang digunakan.

ataupun masalah seperti ini,



antara faktornya:
1. installation/remove program yang tak sempurna
2. windows update tidak selesai/eror
3. virus

bacteria mencadangkan anda untuk cuba mengdownload unlocker 1.8.7 disini.
setelah selesai install, right click pada folder yang degil



kemudian kill prosesnya dan restart mesin anda. itu sahaja!



komen bacteria: tak semua folder boleh didelete.

selamat lahir!!

tak terlintas di fikiran untuk membina blog IT. namun disebabkan ilmu itu perlu dikongsi bersama, bacteria rasa berbesar hati untuk berkongsi maklumat dan pengalaman yg ada selama lebih 4 tahun menceburi bidang ini.

memang terdapat byk site-site komputer, tapi dlm bahasa kita jumlahnya tak sebanyak macam bahasa antarabangsa.

ruangan ini juga tak meliputi sebahagian besar dunia perkomputeran. lebih daripada pengalaman penulis dan tips-tips DIY yg akan ditunjukkan dengan cara yg mudah difahami.

jika ada posting yg hendak dijadikan rujukan, jgn segan silu untuk memberi komen. bacteria amat gembira jika masalah anda dpt diselesaikan dgn baik.

ikhlas,
bacteria08